Gaduh di R&R: Tujuh lelaki direman - Utusan Malaysia

Gaduh di R&R: Tujuh lelaki direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 26 Dis. – Tujuh lelaki termasuk pemandu bas disyaki terlibat dalam pergaduhan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang awal pagi kelmarin ditahan eman empat hari bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, semua suspek berusia antara 20 dan 35 tahun ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira pukul 10 malam tadi.

“Semua suspek dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira pukul 9.30 pagi hari ini untuk proses reman,” katanya di sini hari ini.

Video kejadian berdurasi 1 minit 49 saat tular di media sosial awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi Isnin lalu, seorang lelaki dipercayai pemandu bas ekpres dibelasah sekurang-kurangnya oleh lima lelaki.

Siasatan awal polis mendapati salah faham dan provokasi ketika mangsa membeli makanan di salah sebuah gerai di R&R terbabit sebagai punca kejadian.

Mohamad Noor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×