Ibu baru habis pantang dituduh mencuri  - Utusan Malaysia

Ibu baru habis pantang dituduh mencuri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang ibu yang baru habis berpantang hanya mampu menangis di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri 95 jenis barangan kelengkapan bayi dan wanita bernilai RM5,686.95 di pasar raya Aeon di sini Jumaat lalu.

Tertuduh, Nur Amirah Daud Latfi, 29, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Izuddin Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, ibu kepada bayi perempuan berusia 46 hari itu didakwa dengan niat telah mencuri dalam bangunan 95 jenis barangan kelengkapan bayi dan wanita milik pasar raya Aeon Kota Bharu di sini dengan kerugian anggaran RM5,686.95.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pasar raya Aeon, Lembah Sireh di sini kira-kira pukul 5.30 petang pada 21 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan juga denda manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya tertuduh hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda dan sebat.

Difahamkan, wanita tersebut mempunyai rekod kesalahan sama yang dilakukan di Kajang Selangor.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×