Polis Gua Musang rampas 100kg daun ketum, ubat batuk - Utusan Malaysia

Polis Gua Musang rampas 100kg daun ketum, ubat batuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 26 Dis. – Polis Daerah Gua Musang berjaya merampas 1,413 botol kecil mengandungi cecair warna hitam dipercayai ubat batuk dan 100 kilogram daun ketum dalam serbuan di sebuah rumah kosong dan dua buah kereta di Kampung Simpang Empat Kundur di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata berikutan itu, tiga lelaki berumur 17 hingga 43 tahun termasuk dua pemandu kereta ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dengan nilai rampasan sebanyak RM20,000

“Pada pukul 4.20 petang polis telah menahan dua buah kereta di kampung berkenaan dan pada kereta pertama menemui sebanyak lima plastik hitam mengandungi 50 kilogram daun ketum dan 72 botol kecil mengandungi cecair warna hitam dipercayai ubat batuk,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, di pemeriksaan sebuah lagi kereta turut menemui jumlah yang sama daun ketum dalam lima plastik hitam seberat 50 kilogram daun ketum dan 72 botol kecil mengandungi cecair warna hitam di percayai ubat batuk. 


“Susulan itu,polis membuat serbuan di sebuah rumah di kampung terbabit selepas menerima maklumat berjaya merampas 1,269 botol kecil mengandungi cecair warna hitam dipercayai ubat batuk dan menahan seorang lelaki,” katanya. 


Mohd Taufik berkata, ketiga-tiga lelaki yang ditahan itu positif dadah dan seorang daripada suspek itu juga mempunyai enam rekod lampau kes dadah, selain mengedar ubat batuk dan daun ketum.

“Dari bulan Januari hingga 23 Disember tahun ini, kita sudah menangkap seramai 1,219 penagih dan pengedar dadah di seluruh daerah ini,” katanya. – BERNAMA

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×