Lima ditahan dalam Ops Mabuk - Utusan Malaysia

Lima ditahan dalam Ops Mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR –  Lima individu ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol serta enggan memberikan kerjasama untuk menjalani ujian pernafasan dalam Ops Mabuk di sekitar ibu negara awal pagi tadi.

Operasi diketuai Pegawai Turus Penguatkuasaan JSPT Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Mohd. Shafiee Ishak itu dijalankan di sekitar Jalan Davis, Jalan Klang Lama dan Jalan Sultan Ismail itu bermula pukul 1.30 pagi hingga 4.30 pagi.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kesemua pemandu itu ditahan selepas gagal ujian saringan awal pernafasan menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam badan.

Katanya, tiga pemandu ditahan mengikut Seksyen 45a Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu kenderaan dengan paras alkohol yang melebihi yang dibenarkan manakala dua lagi ditahan mengikut Seksyen 45c akta yang sama iaitu keengganan memberikan kerjasama untuk menjalani ujian pernafasan.

“Kita lakukan operasi ini bagi mencegah berlakunya kemalangan akibat memandu dalam keadaan mabuk.

“Kesemua mereka yang berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun itu akan dihadapkan ke mahkmah esok untuk pertuduhan,” katanya kepada pemberita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×