KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 348 saman atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Motosikal Ambang Krismas di tiga lokasi tumpuan di sekitar ibu negara di sini malam tadi.
Operasi bermula pukul 10 malam hingga 12.30 tengah malam itu bertumpu di sekitar Jalan Bangsar, Jalan Pahang dan Jalan Genting Kelang.
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, sebanyak 127 saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh.
Katanya, trend itu sekali gus menunjukkan penunggang motosikal menanggung risiko dalam pemandu mereka serta membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
“Selain dua kesalahan itu, ada penunggang disaman kerana motosikal tiada cermin sisi dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan serta cukai jalan tamat tempoh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi awal pagi tadi. – K! ONLINE










