JOHOR BAHRU 25 Dis. – Polis Diraja Malaysia Johor (PDRM) Johor meningkatkan rondaan dan pemantauan di semua pusat tumpuan orang ramai sempena cuti perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu 2019.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, usaha itu bagi mengekang berlakunya kejadian jenayah pada musim cuti yang sedang bermula ketika ini.
“Bagi menjamin keselamatan pada musim perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu 2019, PDRM Johor telah meningkatkan rondaan dan pemantauan.
“Seluruh masyarakat di negeri ini disarankan agar menjaga keselamatan diri, harta benda dan keluarga.
“Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu dan memaklumkan ketiadaan kepada jiran, balai polis berhampiran atau menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP)'” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
Pada masa yang sama beliau mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada penganut Krstian dan selamat tahun baharu kepada seluruh rakyat terutama penduduk Johor. – UTUSAN ONLINE










