Lelaki rentung, melecur 95 peratus dalam kebakaran di Mount Austin - Utusan Malaysia

Lelaki rentung, melecur 95 peratus dalam kebakaran di Mount Austin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki rentung manakala seorang lagi mangsa melecur 95 peratus dalam satu kebakaran di sebuah kilang memproses dan membuat makanan di Jalan Mutiara Emas, Taman Mount Austin, di sini pagi tadi.

Ketua Cawangan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba II,  Ahmad Murad Saat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran kilang makanan membuat dim sum itu pada 10.23 pagi.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang rentung merupakan pemandu lori yang membawa muatan minyak diesel yang ketika itu sedang dalam proses memindahkan bahan api  ke dalam tangki di kilang berkenaan.

Beliau berkata kebakaran kilang melibatkan 30 peratus sahaja dan punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kami juga menghadapi masalah untuk padam kebakaran kerana pili bomba berhampiran kilang ini telah disimen menyebabkan bomba terpaksa mengambil air dari pili bomba yang lain,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×