Kuil haram: PBT perlu tegas - Utusan Malaysia

Kuil haram: PBT perlu tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
ISU rusuhan kuil di USJ 25, Subang, Selangor, baru-baru ini mengulangi beberapa rusuhan kuil yang pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Dan seperti biasa sebabnya mudah sahaja, kuil didirikan tanpa kebenaran atau secara haram. Puncanya? Pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pejabat daerah dan tanah mengabaikan penguatkuasaan undang-undang yang sewajarnya. Kuil yang bermula dengan memacak sebatang besi kemudian membesar dan terus membesar dengan pelbagai binaan.

Di Tanjung Malim misalnya, terdapat kuil yang menggunakan sebahagian kawasan klinik kesihatan. Dengan kedudukan di selekoh jalan, sudah pasti membahayakan pengguna yang memandu laju untuk sesuatu kes kecemasan misalnya. Memburukkan lagi keadaan, kuil dibesarkan lagi hingga tiada langsung kawasan pejalan kaki. Apakah pembinaan itu mendapat kelulusan?

PBT serta pejabat daerah dan tanah sepatutnya tidak menunggu arahan untuk menguatkuasakan undang-undang pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan. Masih terdapat banyak lagi kuil haram atas ‘jasa’ PBT.

SALMI UMAR
Tanjung Malim, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×