Shahril layak pegang Pengarah Ekonomi PM

Shahril layak pegang Pengarah Ekonomi PM

SYED MOHD. JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pemuda UMNO menyifatkan desakan agar Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan meletak jawatan sebagai Pengarah Ekonomi Perdana Menteri adalah tidak wajar memandangkan beliau berkelayakan.

Pengarah Komunikasinya, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, Shahril dilantik bukan untuk menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri tetapi untuk membantunya mempertimbangkan keputusan penting berkaitan ekonomi negara.

“Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah, Khairul Anuar mendesak Shahril meletak jawatan kerana beliau percaya kenyataan Ketua Penerangan PPBM bahawa Shahril bukan ‘orang kepercayaan Perdana Menteri’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Janganlah cemburu dengan kepercayaan yang diberi Perdana Menteri terhadap Shahril, anak muda UMNO yang mempunyai kelulusan Ekonomi dari University Manchester yang ditaja biasiswa Bank Negara Malaysia. Beliau juga berjaya memperoleh Sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science dengan biasiswa penuh dari Chevening, Jabatan Luar dan Komanwel British,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sebagai contoh, gaji minimum yang dinaikkan kepada RM1,500 adalah antara buah fikiran Ketua Penerangan UMNO itu kepada Perdana Menteri memandangkan ia baik untuk rakyat.

“Berpengalaman sebagai Jururunding Strategi dan Pengurusan di McKinsey and Company selama tiga tahun, Pengurus Penempatan di Teach For Malaysia dan Pegawai Dasar kepada Menteri Kabinet selama dua tahun, tidak cukupkah untuk diangkat sebagai Penasihat Ekonomi Perdana Menteri?

“Yang saya pelik, beliau minta gaji Shahril lebih baik diagihkan untuk membantu rakyat. Tetapi Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tuntut PM melantik TPM daripada parti itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×