300 pengakap Malaysia sertai jambori - Utusan Malaysia

300 pengakap Malaysia sertai jambori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seramai 300 pengakap dari negara ini teruja apabila berpeluang menyanyikan lagu kebangsaan dan mengibar Jalur Gemilang di Jambori Pengakap Sempadan Malaysia-Thailand sempena Pertabalan Raja Rama X 2019 di Samila Beach, Songkla, Thailand bermula semalam hingga 20 Jun ini.

Pegawai Meja Pasukan Badan Beruniform Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Hayati Halim berkata, kontinjen negeri ini menghantar 39 peserta ke jambori itu.

Menurutnya, program berkenaan adalah sebahagian perjanjian persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dengan Kementerian Pendidikan Thailand dalam membangunkan prestasi kegiatan kokurikulum kepengakapan antara dua negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 300 peserta melibatkan pengakap muda dan pegawai kontinjen menyertai jambori bertaraf antarabangsa yang turut disertai beberapa negara Asean termasuk pengakap negara Brunei dan Indonesia.

“JPN Kedah adalah urusetia kontinjen negara bagi jambori ini, di mana latihan pusat diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Sanai, Padang Terap, Kedah selama beberapa hari sebelum bertolak ke Songkla,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hayati berkata, pergerakan kontinjen pengakap Kelantan bermula pada 13 Jun berkumpul di Kem Kijang bagi Majlis Penyerahan Jalur Gemilang dan Bendera Kontinjen oleh Ketua Unit kokurikulum JPN, Anusidiqie Anuar kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap negeri, Mohd. Zaini Mamat.

Menurutnya, jambori tersebut banyak memberi peluang kepada pengakap muda negara mendalami ilmu kepengakapan menerusi aktiviti utama dan modul khas yang perlu disertai sepanjang perkhemahan selama lima hari itu.

“Malah ianya menjadi jambatan muhibah antara anggota pengakap Asean selain memantapkan keakraban dalam kalangan peserta yang mewakili negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini