Penganggur aktif edar dadah ditahan polis - Utusan Malaysia

Penganggur aktif edar dadah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Seorang penganggur ditahan polis Khamis lalu kerana disyaki terlibat aktif dalam sindiket pengedaran dadah jenis syabu di negeri ini sejak tiga bulan lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di dalam tandas di kawasan Jelutong di sini oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, penahanan lelaki berkenaan juga membawa kepada penemuan dadah jenis syabu seberat lebih 4.6 kilogram bernilai kira-kira RM260,000 yang berada dalam simpanan suspek.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika ditahan di dalam tandas berkenaan, pihak polis merampas dadah jenis syabu seberat 101 gram dengan nilai anggaran sebanyak RM15,150.

“Susulan penahanan suspek, polis kemudiannya menyerbu rumah sewa suspek di Sungai Ara dan menjumpai 4.5 kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM244,850 di lokasi berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Che Zaimani turut dijumpai di lokasi berkenaan ialah alat penimbang digital, sudu serta plastik lutsinar disyaki alat untuk membungkus dadah jenis syabu bagi tujuan pengedaran.

“Dadah yang dirampas daripada suspek boleh digunakan oleh seramai 23,475 penagih jika diedarkan.

“Pihak polis percaya suspek tidak bergerak bersendirian dan pihak polis masih memburu rakan-rakan jenayah suspek,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini