Anugerah Syawal buat 130 pelajar cemerlang - Utusan Malaysia

Anugerah Syawal buat 130 pelajar cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketibaan bulan Syawal bukan sahaja membawa keceriaan perayaan, malah kegembiraan kepada 130 pelajar dan keluarga masing-masing apabila dianugerahKAN biasiswa Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlangsung di Bangi Resort Hotel, baru-baru ini.


Biasiswa itu diserahkan kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Kesemua penerima merakamkan rasa syukur dan terima kasih ketika mengabadikan gambar kenangan bersama keluarga dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan serta Pengarah Yayasan Tenaga Nasional (YTN), Datuk Dr. Shaari Md. Nor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir Ketua Pegawai Insan, Datuk Muhammad Razif Abdul Rahman; Ketua Pegawai Korporat, Datuk Roslan Ab. Rahman; Lembaga Pemegang Amanah YTN serta pengurusan TNB yang lain.

Terdahulu, Amir Hamzah menyampaikan anugerah biasiswa melalui YTN kepada 110 pelajar yang akan menyambung pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan 20 lagi di luar negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini