ECRL: Rayuan Kerajaan Pas Kelantan tidak diterima - Utusan Malaysia

ECRL: Rayuan Kerajaan Pas Kelantan tidak diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan telah mengemukaan rayuan kepada Kerajaan Pusat supaya melanjutkan jajaran projek Laluaran Rel Pantai Timur (ECRL) sehingga ke Pengakalan Kubor, Tumpat dekat sini

seperti mana perancangan asal namun tidak diterima .

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, Kerajaan Pusat memberi alasan bahawa langkah itu diambil bagi mengoptimumkan kos dengan

Memuatkan artikel berkaitan…

penjimatan sebanyak RM21 bilion.

Beliau berkata, pihaknya juga dimaklumkan bahawa pembatalan pembinaan ECRL sehingga ke Pengkalan Kubor itu juga selari dengan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) yang akan berakhir di

sempadan Malaysia-Thailand itu.

“Kita sudah membuat rayuan dan bincangkan dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan kita telah mendapat respon tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Bagaimanapun Hanifa berkata, pihaknya merayu supaya stesen Tok Bali turut dilengkapi kemudahan kargo berbanding hanya untuk penumpang.

“Untuk mengoptimumkan impak, kita mohon di Tok Bali bukan hanya stesen untuk penumpang tetapi juga barangan supaya Tok Bali boleh membangun sebagai sebuah kawasan perindustrian dalam tempoh empat lima tahun lagi.

“Kita mahu supaya rakyat mendapat limpahan peluang pekerjaan di kawasan-kawasan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini