Keputusan pelik 21-18 di Piala FA Macau - Utusan Malaysia

Keputusan pelik 21-18 di Piala FA Macau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG – Pernahkah anda dengar satu perlawanan bola sepak berakhir dengan keputusan 21-18. Tetapi inilah yang berlaku di Macau ketika aksi Piala FA negara itu berlangsung malam tadi.

Ternyata perlawanan membabitkan pasukan Ka I dan Hang Sai itu agak mengejutkan kerana telah menghasilkan 39 gol namun ia bukanlah satu gurauan atau membabitkan sindiket perjudian.

Sebaliknya ia sengaja dilakukan sebagai satu tindakan protes kepada persatuan bola sepak negara itu yang memilih untuk menarik diri daripada aksi kedua timbal balik kelayakan Piala Dunia di Sri Lanka atas alasan keselamatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Macau menang 1-0 pada aksi pertama di laman sendiri pada 6 Jun dan kedua-dua pasukan dijadual bertemu sekali lagi Selasa lalu. Keputusan menarik diri yang dibuat Persatuan Bolasepak Macau menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain tempatan dan kebangsaan mereka.

Ini kemudiannya diterjemahkan dengan sengaja menghasilkan keputusan pelik dalam aksi Piala FA tersebut. Kedua-dua pasukan dalam perlawanan itu dilihat hanya membiarkan pemain lawan menjaringkan gol tanpa dihalang.

Malah penjaga gol juga berada dalam senarai penjaring. Setiap gol kemudiannya akan diraikan bersama dengan bertepuk tangan. Siasatan kini sedang dijalankan kedua-dua pengurusan pasukan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini