Rafizi enggan terlibat isu penyebaran video seks - Utusan Malaysia

Rafizi enggan terlibat isu penyebaran video seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan dirinya enggan terlibat dengan isu penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Rafizi berkata, hal ini hanya menyebabkan rakyat benci kepada ahli politik dan kini PKR juga terpalit sama.

Katanya, rakyat mual dengan perkara-perkara yang hanya mengaibkan ahli-ahli politik di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya maklumkan kepada wartawan saya langsung tidak mahu terlibat kerana ia sangat memualkan. Ia menyebabkan rakyat benci kepada ahli politik dan PKR kini terpalit sama. Sebab itu saya langsung tidak mahu komen pun,” katanya dalam status akaun Facebook miliknya semalam.

Dalam pada itu, Rafizi menggariskan tiga perkara yang menjadi punca kepadanya enggan komen mengenai isu berkenaan.

Pertama, katanya, lelaki yang mendakwa bersama lelaki mirip menteri kanan Kabinet dalam video yang tular dalam media sosial, Haziq Abdullah Abdul Aziz Haziq tidak pernah bersamanya.

Katanya, Haziq Abdullah sepanjang masa rapat dengan orang lain.

Kedua, beliau merupakan individu pertama mempersoalkan kenapa seorang yang pernah mahu keluar parti boleh bertanding dalam pemilihan.

Ketiga, dalam pemilihan lalu, Haziq Abdullah mendokong Najwan yang bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tambah Rafizi, beliau berharap mana-mana pihak tidak mengheret sama dirinya dalam isu berkenaan.

“Saya berharap selepas ini usahlah cuba mengheret saya. Serahkan perkara ini untuk disiasat dengan bebas oleh pihak berkuasa,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini