MADRID – Kerajaan Sepanyol akan melancarkan kempen penggunaan kondom secara besar-besaran ekoran peningkatan jangkitan penyakit berjangkit secara seksual (STI) di negara tersebut.
Rancangan itu dibuat seminggu selepas Organisasi Kesihatan Dunia mendedahkan peningkatan penyakit-penyakit berkenaan seiring penggunaan aplikasi bertemu pasangan yang semakin meluas digunakan ketika ini.
Video dan iklan mempromosikan penggunaan kondom akan dipertontonkan di media sosial, platform muat turun muzik serta media yang menjadi pilihan golongan berusia antara 14 hingga 29 tahun.
Menteri Kesihatan Sepanyol, Maria Luisa Carcedo dalam kenyataan menggesa golongan berisiko agar menjadikan kondom sebagai keutamaan.
“Sejak beberapa tahun lalu, Penggunaan kondom terutamanya dalam kalangan remaja berumur antara 15 hingga 18 tahun berkurangan,” katanya.- AFP










