Harga minyak dunia naik - Utusan Malaysia

Harga minyak dunia naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUSCAT 13 Jun – Kira-kira 44 anak kapal berjaya diselamatkan selepas mengosongkan dua buah kapal tangki yang diserang bahan letupan dipercayai roket dekat perairan Teluk Oman, hari ini.

Lapor BBC, pengendali kapal memberitahu,kesemua kru kapal Kokuka Courageous dan Front Altair berjaya dipindahkan pasukan penyelamat Iran dan ditempatkan di Pelabuhan Jask.

Punca letupan di laluan minyak paling sibuk di dunia itu masih belum dapat dipastikan ketika kedua-dua kapal itu masih terapung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Insiden itu berlaku sebulan selepas empat kapal tangki diserang di luar Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Lapor Bloomberg, minyak mentah Brent naik sehingga 4.5 peratus kepada AS$62.64 (RM620) setong ketika ia melonjak semula daripada kejatuhan harga sejak lima bulan lalu.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) juga naik sebanyak 4 peratus kepada AS$53.25 (RM221) setong.UAE menuduh pihak tertentu sebagai dalang serangan itu manakala AS pula memetik Iran sebagai dalang serangan tersebut, dakwaan yang dinafikan Teheran.

Serangan terbaru ini meningkatkan lagi ketegangan yang berlaku antara Iran dan AS serta sekutu mereka di teluk berkenaan.

Wakil tentera AS berpangkalan di Bahrain, Josh Frey memberitahu, pihaknya menerima dua panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.12 dan 7 pagi waktu tempatan.

Amaran awal telah dikeluarkan bahagian keselamatan angkatan tentera laut Britain yang memberi peringatan risiko pelayaran di kawasan tersebut.

Menurut Pihak Berkuasa Maritim Norway, kapal negara itu, Front Altair diserang mengakibatkan tiga letupan pada kapal. – AGENSI

Kapal Front Altair disewa syarikat pemprosesan minyak Taiwan, CPC Corp.

Jurucakapnya, Wu I-Fang berkata, kapal tersebut membawa 75,000 tan cecair naphtha dan menjadi sasaran bedilan roket ketika laporan lain mendakwa kapal itu menjadi mangsa serangan periuk api.

Namun kenyataan tersebut setakat ini tidak disahkan oleh mana-mana pihak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini