Ainul Mardhiah sudah boleh tutup mulut - Utusan Malaysia

Ainul Mardhiah sudah boleh tutup mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi berusia sembilan bulan yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumour’ sudah boleh menutup mulut hari ini.

Perkara itu dikongsi oleh ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, melalui laman Instagramnya sebentar tadi.

Tambah Nurul Erwani, Ainul Mardhiah sudah membuka matanya seolah-olah mahu bercakap dengannya dan cuba menutup mulutnya sedikit demi sedikit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ainul juga senyum apabila mama membacakan al-Quran,” tulisnya melalui laman sosial itu.

Kata Nurul Erwani, beliau bersyukut Ainul Mardhiah sudah bersedia untuk dipindahkan ke wad biasa dan jarum-jarum yang dicucuk di tangan dan kaki sudah dicabut.

“Tangan Ainul tidak boleh duduk diam, kalau selimut atau balut tidak sampai seminit sudah dikeluarkan,” tulisnya lagi.

Ainul Mardhiah menjalani pembedahan mengeluarkan tumor di mulutnya seberat 200 gram melalui satu pembedahan berisiko di London dua hari lalu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini