VAR bantu kemenangan Perancis - Utusan Malaysia

VAR bantu kemenangan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALENCIENNES, Perancis – Eugenie Le Sommer menyempurnakan penalti menerusi keputusan VAR (video bantuan pengadil) buat Perancis, selepas gol sendiri Wendie Renard hampir membuka laluan kepada Norway mencuri satu mata penting dalam saingan Kumpulan A Piala Dunia Wanita, tetapi pengurus tuan rumah, Corrine Diacre berkata, masih ada yang perlu diperbaiki pasukannya.

“Kami masih dilihat sebagai pasukan bukan pilihan. Kami berdepan kesukaran. Ia melibatkan beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Secara perlahan-lahan anda akan menjadi pasukan pilihan,” katanya.

Perancis mendahului Norway hasil jaringan Valerie Gauvin sebaik permainan disambung semula selepas rehat, bagaimanapun, pemenang Liga Juara-Juara sebanyak enam kali, kapten Lyon, Renard menjaringkan gol sendiri ekoran tertampan bola ke gawang tanpa ada seorangpun pemain lawan berada dalam kawasan pasukannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, selepas Ingrid Engen dipersalahkan kerana menjatuhkan Marion Torrent, Le Sommer tanpa melakukan sebarang kesilapan menghadiahkan kemenangan kedua kepada tuan rumah dalam aksi Kumpulan A.

Pengurus Norway, Martin Sjogren berpendapat, skuad bimbingannya memiliki kekuatan seimbang dengan Perancis dan berkata, sememangnya sukar untuk pemainnya mengelak daripada melakukan kekasaran selepas insiden VAR, memandangkan Engen kelihatan berjaya mengawal bola.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Nigeria tidak berdepan masalah untuk menundukkan Korea Selatan 2-0 hasil jaringan sendiri Kim Do Yeon (minit ke-29) dan ledakan gol Asisat Oshoala (minit ke-75), manakala bagi saingan Kumpulan B, Jerman melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Sepanyol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini