Seludup 5,731 pil ecstasy, wanita dipenjara seumur hidup - Utusan Malaysia

Seludup 5,731 pil ecstasy, wanita dipenjara seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 13 Jun – Mahkamah Jenayah di sini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang wanita yang disabit dengan kesalahan menyeludup sejumlah 5,731 pil ecstasy ke Thailand.

Ampika Patitang, 26, didakwa membawa masuk kesemua pil tersebut ke dalam negara itu dari Belanda.

Sementara itu, dua lagi suspek, Wararat Chanthamas, 26 dan Songpon Thamiya, 34 telah dibebaskan kerana ketiadaan bukti yang mencukupi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua mereka didakwa atas dua kesalahan, bekerjasama menyeludup pil ecstasy ke dalam negara dan memiliki dadah tanpa kebenaran.

Ampika dan Wararat ditahan 8 Mac tahun lalu di Lapangan Terbang Suvarnabhumi bersama 5,731 pil ecstasy seberat 2.6 kilogram manakala Songpon pula ditahan pada 1 Mac, tahun lalu di lapangan terbang yang sama.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini