Bank jangka pertumbuhan pinjaman perlahan - RAM Ratings - Utusan Malaysia

Bank jangka pertumbuhan pinjaman perlahan – RAM Ratings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jun – Keputusan kewangan suku tahun bank-bank tempatan baru-baru ini menunjukkan pendapatan lemah, terjejas oleh pertumbuhan pinjaman yang lemah dan diburukkan lagi oleh margin faedah bersih (NIM) lebih kecil, kata RAM Ratings Services Bhd..

Ketua Bersama Penarafan Institusi Kewangan RAM Wong Yin Ching berkata pertikaian perdagangan yang berlarutan antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah mendorong perniagaan dan pengguna untuk mengambil pendekatan lebih berhati-hati, dengan tiada penyelesaian dijangkakan dalam tempoh terdekat.

“Berdasarkan senario ini, RAM Ratings jangka risiko kerugian pada lima peratus terhadap unjuran pertumbuhan pinjaman bagi 2019. Sektor NIM juga bakal terus mengecil berikutan pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) pada Mei 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini. -BERNAMA

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini