RAUB – Selepas dua hari hilang selepas terjun ke dalam Sungai Jeram Besu di sini, mayat seorang remaja ditemukan petang ini.
Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mayat Muhamad Muzzafar Shah Mohamad Rozi,13, ditemukan pada kira-kira pukul 5.11 petang ini.
“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung berdekatan dengan Lubuk Biara iaitu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat,”katanya di sini hari ini.
Kelmarin, seorang remaja dikhuatiri lemas apabila hilang selepas terjun ke dalam Sungai Jeram Besu di Sega dekat sini
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 malam itu,, Muhamad Muzzafar Shah bersama dua rakannya sedang bersiar-siar di kawasan reakrasi berkenaan. – UTUSAN ONLINE










