Op Selamat 15: Tiada kemalangan maut di Labuan - Utusan Malaysia

Op Selamat 15: Tiada kemalangan maut di Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Tiada kemalangan maut dicatatkan sepanjang Op Selamat 15 Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan bermula 29 Mei hingga semalam.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Labuan, Superinteden Muhamad Farid Ahmad berkata, bagaimanapun, terdapat 15 kes kemalangan direkodkan yang melibatkan kerosakan tanpa kemalangan maut, cedera parah dan cedera ringan.

Menurut beliau, trend ini menunjukkan penurunan sebanyak tujuh kes iaitu -31.81 peratus berbanding 22 kes kemalangan berbanding tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penurunan kes kemalangan yang amat ketara ini adalah sejajar dengan penguatkuasaan (total inforcement) dan komitmen jitu yang ditunjukkan oleh petugas-petugas Op Selamat 15/2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut Muhamad Farid, pihaknya melakukan sebanyak 490 pemeriksaan terhadap 66 buah rumah yang telah melaporkan kepada IPD Labuan a sepanjang cuti Kaamatan, Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan cuti penggal persekolahan.

Jelasnya, sepanjang tempoh 29 Mei hingga semalam, terdapat empat kes pecah rumah berlaku namun tidak melibatkan rumah yang telah dilaporkan pemilik kepada pihak polis.

“Walaupun Op Selamat 15 telah tamat, kita akan sentiasa menjalankan tugas pencegahan dan membanteras jenayah bagi menjamin kesejahteraan serta keselamatan penduduk W.P Labuan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini