AMK dan Wanita Keadilan lapor Haziq Aziz - Utusan Malaysia

AMK dan Wanita Keadilan lapor Haziq Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Jun – Seorang Exco Angkatan Muda Kedilan (AMK) bersama Ketua Wanita Keadilan negeri, membuat laporan polis terhadap pengakuan yang dibuat oleh Haziq Abdul Aziz yang mendakwa dirinya adalah individu dalam video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Nik Mohd. Faris Syazwan Zainuzzaman dan Nor Hanazalmah Mohd Yusof diiringi beberapa penyokong parti itu membuat laporan polis kira-kira pukul 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini hari ini.

Sementara itu, Nik Mohd. Faris berkata, siasatan tersebut wajib dilakukan bagi mendapatkan kebenaran kerana pelbagai fitnah berlegar pada masa kini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mahu tahu sama ada kenyataan tersebut adalah benar dan sekiranya tidak benar satu tindakan kesalahan jenayah boleh dikenakan akibat daripada kenyataan tersebut.

“AMK komited bahawa perkara-perkara fitnah yang berleluasa haruslah dibanteras dan amatlah tidak patut dan bertentangan dengan lunas-lunas agama dan undang-undang sekiranya perkara ini secara terus menerus dibiarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini