Pemilik kedai rugi RM50,000 - Utusan Malaysia

Pemilik kedai rugi RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik kedai peralatan elektronik dan telekomunikasi kerugian RM50,000 selepas premisnya di Taman Batu Caves, Gombak, dipecah masuk dua penjenayah pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, penjenayah terbabit dikesan merompak premis sama dua kali juga pada hari sama.

Pemilik kedai Abdul Jaleel Sultan Muhamad, 52, berkata dia hanya mengetahui kedai dipecah masuk kira-kira pukul 9.30 pagi selepas dihubungi pekerjanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di kedai, saya mendapati barangan seperti telefon pintar, komputer riba, power bank dan pembesar suara hilang.

“Hasil pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, dua lelaki menaiki motosikal memecahkan kunci mangga sebelum melarikan barang berharga,” katanya di sini hari ini.

Tambah Abdul Jaleel, semakan CCTV mendapati penjenayah terbabit datang semula ke kedainya kira-kira pukul 9 pagi untuk memecah masuk buat kali kedua.

“Kali kedua mereka datang hari sudah cerah dan ada beberapa kedai lain sudah dibuka, namun mereka tetap berani memecah masuk kedai saya tanpa rasa takut,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Arshad Kamaruddin berkata, pihaknya telah menahan dua suspek lelaki berusia 28 dan 17 tahun kelmarin.

Jelasnya, kedua-dua suspek masing-masing mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah lain.

“Dalam tangkapan itu, polis merampas semula barang dicuri oleh suspek. Suspek sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah masuk kedai,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini