KUALA LUMPUR – Orang ramai dipelawa memeriahkan Rumah Terbuka dan Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail Ahad ini.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, sambutan rumah terbuka Ahli Parlimen berkenaan akan diadakan pada pukul 2 petang di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah dekat sini.
“Orang ramai dialu-alukan hadir memeriahkan rumah terbuka ini untuk berpeluang beramah mesra dengan TPM. Rumah terbuka ini dibuka kepada semua pengunjung sehingga pukul 5 petang,” menurut MPAJ. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…










