Kaji semula dasar perumahan mampu milik - Utusan Malaysia

Kaji semula dasar perumahan mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memikirkan semula dasar perumahan mampu milik memandangkan industri pasaran hartanah kini mengalami kemerosotan yang mungkin membawa kepada krisis ekonomi lebih meluas.

Felo Kanan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Dr. Carmelo Ferlito berkata, perbincangan semasa terhadap isu itu sangat tidak seimbang malah dinamik pasaran hartanah yang tidak diendahkan memburukkan keadaan.

“Saya juga percaya bahawa segmen pasaran pendapatan rendah tidak diendahkan oleh pemaju swasta bukan kerana ia tidak menguntungkan, tetapi kerana ia dibuat menjadi tidak menguntungkan disebabkan beberapa halangan peraturan yang menjadi kesan sampingan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cara yang lebih baik menjana projek yang berpatutan adalah dengan menghapuskan peraturan yang menjadi halangan, bermula dengan mengurangkan penglibatan langsung agensi-agensi kerajaan dalam membina rumah kos rendah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Carmelo, bercanggah dengan apa yang dicadangkan oleh Dasar Perumahan Negara, keperluan terlalu ketat untuk pembangunan kos rendah (saiz minimum) harus dielakkan untuk memudahkan interaksi antara penawaran dan permintaan.

“Ini dengan mengambil kira faktor lokasi dan saiz, dan dengan itu membolehkan orang berpendapatan rendah bergerak ke arah ekonomi negara, menyokong bukan sahaja isu perumahan mereka tetapi juga mempromosikan kemungkinan mereka untuk tahap mobiliti sosial yang lebih tinggi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini