A. Rahman Hassan selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

A. Rahman Hassan selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jenazah penyanyi veteran popular, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat pada jam 2.30 petang tadi.

Lebih 100 ahli keluarga, sanak-saudara dan kenalan Allahyarham turut mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang (HA), pada usia 73 tahun sekitar jam 12.40 malam tadi, akibat strok dan pendarahan otak.

Memuatkan artikel berkaitan…

A.Rahman meninggalkan isteri, Datin Fadilah Mansor dan dua anak iaitu Khairulizam (Khir Rahman) dan Khairulazmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini