[VIDEO] Polis buru lelaki rakam peguam buang air kecil - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis buru lelaki rakam peguam buang air kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis sedang memburu seorang lelaki selepas disyaki merakam aksi seorang peguam wanita sedang membuang air kecil di tandas sebuah stesen minyak di Batu Tiga di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya itu diburu selepas mangsa berusia 34 tahun membuat satu laporan polis semalam.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku pukul 11.15 malam tadi apabila suspek mengekori wanita tersebut sehingga memasuki tandas berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang bersendirian dan memegang telefon bimbit dikatakan cuba merakam mangsa yang sedang membuang air kecil melalui ruang bawah pintu sebelum perbuatan itu disedari mangsa.

“Mangsa kemudiannya menjerit sebelum menyemburkan air paip kepada suspek yang kemudiannya berjaya melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya telah mengambil rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di stesen minyak itu untuk siasatan lanjut.

“Justeru, saya menasihatkan golongan wanita supaya lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling terutama di kawasan tandas awam bagi mengelak menjadi mangsa individu seperti itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang.

Terdahulu tular rakaman CCTV berdurasi 27 saat di laman sosial Twitter memaparkan seorang lelaki keluar daripada tandas wanita stesen itu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini