Kelantan tagih kudrat Farisham - Utusan Malaysia

Kelantan tagih kudrat Farisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kudrat tonggak berpengalaman Mohd. Farisham Ismail menjadi taruhkan Kelantan untuk mengetuai barisan pertahanan dalam usaha mengekang serangan bertali arus UiTM FC pada aksi Liga Perdana malam esok.

Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah berkata, dia berharap pemain itu mampu membentuk kombinasi ampuh berdepan UiTM yang disifatkan cukup garang di tempat lawan.

Menurutnya, berpandukan rekod sebelum ini UiTM FC cukup cemerlang merobek pintu gol pasukan tuan rumah sehingga menyaksikan skuad itu berjaya mengumpul mata penuh meskipun beraksi di tempat lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mahu atau tidak, Kelantan perlu waspada dengan kekuatan lawan. Jadi saya mahu pemain jangan beri terlalu banyak ruang kepada mereka untuk bergerak,” katanya.

Yusri memberitahu, meskipun turun tanpa dua tonggak Mohammad Azwan Aripin dan Danial Hakim Deram, dia mahu barisan pemain TRW kekal fokus untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata pada pertemuan itu nanti.

Katanya, TRW tidak boleh terus keciciran mata kerana ini akan menyulitkan peluang pasukan untuk membebaskan diri daripada kelompok zon penyingkiran.

Yusri berkata, meraih satu mata pada perlawanan itu nanti sudah cukup bermakna buat TRW.

Katanya, jika memperoleh kemenangan ia satu bonus besar untuk Kelantan dalam usaha membebaskan diri daripada zon penyingkiran.

“Persiapan TRW tetap berjalan lancar walaupun kita sedikit pincang untuk berdepan UiTM FC. Saya harap pemain akan berusaha sebaik mungkin dalam merealisasikan impian mendapat mata,” ujarnya.

Selepas mengharungi 14 perlawanan Kelantan kini berada ditangga tercorot dengan mengumpul sembilan mata.

Bagaimanapun, TRW dibezakan satu mata dengan pasukan Sarawak yang berada di tangga kesepuluh dalam carta Liga Perdana. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini