Malaysia tarik FDI suku pertama berjumlah RM29.3b - Utusan Malaysia

Malaysia tarik FDI suku pertama berjumlah RM29.3b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jun – Malaysia mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dalam semua sektor sebanyak RM29.3 bilion bagi suku pertama 2019, peningkatan 73.4 peratus berbanding RM16.9 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

LIM GUAN ENG

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kenaikan 73.4 peratus bagi suku pertama tahun 2019 disumbangkan oleh peningkatan pelaburan yang ketara sebanyak 127 peratus ke dalam sektor pembuatan kepada RM20.2 bilion daripada RM8.9 bilion pada tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, daripada RM20.2 bilion FDI yang diluluskan tersebut, RM11.5 bilion disumbangkan Amerika Syarikat, RM4.4 bilion dari China dan RM2.2 bilion dari Singapura. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini