JKM belum terima arahan buka pusat pemindahan sementara - Utusan Malaysia

JKM belum terima arahan buka pusat pemindahan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini masih belum menerima arahan daripada pihak berkuasa untuk membuka pusat pemindahan sementara untuk Orang Asli suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang.

Pengarahnya, Said Sidup berkata, pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada kerajaan negeri dan Ketua Jajahan untuk membuka pusat pemindahan sementara bagi menempatkan penduduk di kawasan terbabit.

“Bagaimanapun kami akan sentiasa berhubung dengan Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk memantau keadaan semasa di sana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika bekerpeluang, kami akan membuka pusat pemindahan yang mungkin berjarak agak jauh dari kawasan perkampungan itu yang sudah diisytiharkan zon merah.

“Pihak kami juga sudah bersedia untuk menghantar kakitangan daripada JKM Gua Musang dan Kota Bharu apabila telah menerima arahan daripada pihak atasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan BeSS di Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penguasa RSK, Rosni Yaacob.

Sementara itu, Said berkata, pihaknya telah menghantar bantuan bekalan makanan dan keperluan harian bernilai hampir RM14,000 kepada Orang Asli suku Batek, Isnin lalu.

“Antara bantuan yang diserahkan kepada Tok Batin adalah beras, gula, minyak masak, sardin, tikar, lampin pakai buang, dan kain batik.

“Barangan ini untuk dimanfaatkan 150 penduduk yang membabitkan 58 keluarga,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini