Haziq digantung, diarah jawab surat tunjuk sebab - Utusan Malaysia

Haziq digantung, diarah jawab surat tunjuk sebab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Industri Utama telah menggantung serta-merta Setiausaha Sulit Kanan, Haziq Abdullah Abdul Aziz dari melaksanakan tugas-tugas rasmi secara serta-merta.

Selain itu, Haziq diarah menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh tiga hari bermula semalam.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD. AKIN
SHAMSUL ISKANDAR MOHD. AKIN 

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, di peringkat kementerian, segala proses siasatan mengikut prosedur yang ditetapkan telah dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, kementerian tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak perkhidmatan Haziq secara serta-merta jika tiada sebarang maklum balas diterima dalam tempoh yang diberikan.

“Saya memandang serius perkembangan terkini melibatkan salah seorang staf saya di Kementerian Industri Utama.

“Saya dengan tegas menolak sebarang bentuk politik kotor lagi memualkan yang bertujuan memalitkan imej buruk kepada mana-mana pemimpin ataupun individu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Haziq merupakan individu yang mengaku berada dalam video seks mengaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas video itu tersebar sejak kelmarin.

Haziq mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

Haziq Abdullah tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia adalah lelaki melakukan seks sejenis bersama menteri itu.

Sementara itu, Shamsul Iskandar menambah, pelantikan beliau sebagai staf kementerian berdasarkan penilaian semasa soal jawab sesi temuduga, kelayakan akademik serta pengalaman-pengalaman kerja yang dilihat bersesuaian dengan skop tugasan yang ditawarkan.

“Justeru itu tindakan beliau ini sangat mengejutkan dan tentunya sama sekali tidak diduga,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini