PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan berjumlah RM44 juta bagi Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB).
Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, skim berkenaan yang diperkenalkan pada 2015 merupakan inisiatif kerajaan khususnya bagi membantu pesawah di Sabah dan Sarawak yang mengusahakan penanaman padi bukit.
“Melalui inisiatif itu, pengeluaran padi bukit telah berjaya diitngkatkan daripada satu metrik tan per hektar keoada 1.5 hingga 2.5 meterik tan per hektar.
“Sekali gus pendapatan pesawah-pesawah telah berjaya ditingkatkan dari RM180sebulan ke antara RM320 hingga RM700 sebulan,” katanya dalam sidang akhbar sempena majlis Hari Raya Aidilfitri 2019 peringkat kementeriannya di sini hari ini.
Menurut Salahuddin, peruntukan bagi skim berkenaan tidak disenaraikan dalam pembentangan Belanjawan 2019.
Bagaimanapun kata beliau, hasil usaha kementeriannya, peruntukan tersebut telah diluluskan pada 28 Mei lalu.
“Kelulusan ini akan memberi manfaat kepada 56,446 pesawah padi bukit dengan Sabah seramai 11, 684 orang, Sarawak 44,762 orang, semasa musim penanaman di Sabah dan Sarawak bermula pada awal Ogos 2019,” katanya. – UTUSAN ONLINE










