Pejalan kaki maut dilanggar kereta - Utusan Malaysia

Pejalan kaki maut dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang pejalan kaki maut apabila dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Lahat di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pada pukul 7.15 pagi itu menyebabkan, mangsa, V. Segar, 54, seorang pemandu lori dari Taman Lintang, Sungai Siput, meninggal dunia ekoran mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 28 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Batu Gajah menghala ke Ipoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta tersebut telah terlanggar mangsa yang sedang melintas jalan dari kiri ke kanan jalan.

“Ekoran kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian adalah konsisten dengan pelbagai kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini