Lebih 2,000 orang meriahkan Aidilfitri TNB - Utusan Malaysia

Lebih 2,000 orang meriahkan Aidilfitri TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lebih 2,000 tetamu hadir memeriahkan majlis Mesra Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2019 yang diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB, Bangsar di sini hari ini.

Majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu dihadiri semua rakan korporatnya, kerajaan, agensi dan kontraktor.

Semua hadirin juga disajikan dengan pelbagai jenis juadah tradisi termasuk lemang, ketupat palas dan rendang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan berkata, acara tersebut antara kaedah untuk mengeratkan hubungan silaturahin dengan semua pihak.

“Sambutan Aidilfitri tahun ini amat meriah sekali. Banyak rakan kongsi dan pembekal hadir kali ini.

“Saya amat berterima kasih atas kunjungan ini kerana masa ini dapatlah kita mengeratkan hubungan silatulrahim antara kita. Saya harap diseluruh negara begitu juga,” ujarnya ketika ditemui di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini