Video lucah: Azmin kenal individu dalam video  - Utusan Malaysia

Video lucah: Azmin kenal individu dalam video 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan isu video songsang dikatakan miripnya sebelum ini menyatakan mengenali individu dalam video tersebut.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menjelaskan beliau mengenali individu terbabit daripada jauh berikutan lelaki itu adalah ahli parti.

“Dia (Haziq Abdullah Ab­dul Aziz ) ahli parti, kemudian menyertai pembangkang dan setelah menang lompat balik ke dalam keadilan(PKR).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini karakter individu yang diperalatkan dalam fitnah ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Aidilfitri dan Kumpulan Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Ketika ditanya berhubung individu yang menyebarkan video itu sama ada terdiri dalam kalangan ahli PKR, Mohamed Azmin menegaskan agar tidak perlu memilih jalan kotor dan jijik.

Jelasnya, beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang pertuduhan terhadap mana-mana individu yang terlibat.

“Sekiranya terdapat perbezaan pendapat atau seseorang itu tidak berjaya memberikan khidmat yang diterima rakyat, jangan memilih jalan kotor dan jijik.

“Sebagai kerajaan baharu, kita berpegang kepada politik nilai dan prinsip jelas serta tidak terjebak dengan politik jijik,” katanya.

Beliau menambah, laporan polis telah dilakukan Setiausaha Politiknya, Hilman Idham bagi membolehkan polis menjalankan siasatan sewajarnya.

Semalam, Mohamed Azmin menafikan sekeras­-kerasnya tuduhan mengaitkan dirinya dalam satu video seks yang tersebar dan disifatkan tuduhan jahat dan kejam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini