Festival Teater Bahasa Melayu berakhir Sabtu ini - Utusan Malaysia

Festival Teater Bahasa Melayu berakhir Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan majlis penyampaian hadiah sempena Festival Teater Bahasa Melayu antara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 2019.

JKKN dalam kenyataannya di sini hari berkata, program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (HAN) itu akan berlangsung di Auditorium DBP, di sini pada pukul 3 petang, Sabtu ini.

Katanya, program itu bertujuan mempromosi teater sebagai satu aktiviti masa lapang yang sihat selain memupuk minat dan kemahiran pelajar dalam Bahasa Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertandingan yang masuk tahun ketiga ini melibatkan lebih 10 buah SJKC di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Duta Khas Malaysia ke China, Tan Kok Wai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini