Maritim Malaysia Lahad Datu tahan 8 PATI - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia Lahad Datu tahan 8 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu menahan sebanyak lapan warga asing selepas didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah pada jarak kira-kira 2.7 kilometer timur berhampiran Kampung Desa Bajau, Lahad Datu, Sabah semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tangkapan itu dibuat kira-kira pukul 6.50 petang ketika pihaknya sedang melakukan Op Pluto Timur 2/2013 di perairan Telukan Lahad Datu, Sabah.

“Dalam operasi tersebut, kita telah menahan sebuah pam bot yang dalam keadaan mencurigakan, hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang tekong dan tujuh penumpang yang kesemuanya warga Filipina.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tekong bot berusia 65 tahun tersebut ditahan bersama tujuh warga Filipina termasuk seorang wanita berusia antara 17 hingga 55 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Abdul Muhaimin, kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Jika didapati bersalah suspek boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini