1,144 kemalangan sepanjang Op Selamat di N. Sembilan - Utusan Malaysia

1,144 kemalangan sepanjang Op Selamat di N. Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Sebanyak 1,144 kes kemalangan jalan raya yang melibatkan lapan kemalangan maut dicatatkan di Negeri Sembilan sepanjang Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

IBRAHIM ABDUL KADIR
IBRAHIM ABDUL KADIR 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Ibrahim Abdul Kadir berkata, Op Selamat dilaksanakan di negeri ini bermula 29 Mei hingga 12 Jun lalu.

“Dalam tempoh itu, sebanyak lapan kes kemalangan maut dilaporkan dengan sembilan kematian, manakala 17 kes kecederaan parah direkodkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun Op Selamat 2019 menunjukkan penurunan enam kes kemalangan maut berbanding Op Selamat 13/2018 tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebanyak 8,729 saman dikeluarkan dengan enam kesalahan utama dikenal pasti dilakukan oleh pengguna jalan raya.

Katanya, kesalahan itu adalah memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, menggunakan alat komunikasi semasa memandu, memotong barisan, melanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini