Lelaki Pakistan ditahan didakwa cabul remaja - Utusan Malaysia

Lelaki Pakistan ditahan didakwa cabul remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan selepas didakwa mencabul seorang remaja perempuan di Pangsapuri Pantai Indah, Pantai Dalam, di sini, pada Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, suspek, 25 tahun, ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis

“Siasatan lanjut dijalankan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, satu video berdurasi tiga minit dan 19 saat memaparkan beberapa individu menangkap dan membelasah seorang lelaki warga asing tular di media sosial sejak kelmarin.

Menurut keterangan hantaran tersebut, lelaki berkenaan ditahan dan dibelasah kerana didakwa mencabul remaja terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini