Operasi LRT Laluan Sri Petaling dan Ampang diteruskan - Utusan Malaysia

Operasi LRT Laluan Sri Petaling dan Ampang diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Sri Petaling yang melibatkan tiga stesen iaitu Bandaraya, Sultan Ismail dan PWTC akan dibuka seperti biasa pada 16 Jun dan 23 Jun ini.

Ketua Pegawai Operasi Laluan Ampang dan Sri Petaling, Abdul Hadi Amran berkata, penutupan sementara yang dirancang pada hari tersebut dibatalkan kerana kerja-kerja menaik taraf landasan telah siap dilaksanakan lebih awal.

“Oleh itu, operasi tren di Laluan Sri Petaling/Ampang akan disambung semula seperti biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai kerana memahami dan bersabar sepanjang penutupan stesen berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini