KUALA LUMPUR – Seramai 35 kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) termasuk Ahli Majlis, Pengarah serta Penyelia Kawasan mengadakan lawatan ke Centralize Command Centre KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) dekat sini hari ini.
MDHS dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya turut diberi taklimat berhubung pelaksanaan kutipan sisa pepejal.
“Lawatan ini diadakan bertujuan melihat pusat operasi KDEB dan mendapat penerangan berkenaan proses kerja pelaksaan kutipan sisa pepejal yang akan dijalankan oleh KDEB nanti.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Diharapkan ilmu tersebut dapat memberi manfaat kepada MDHS dalam memastikan pelaksanaan sisa pepejal diuruskan dengan baik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










