Isu projek di Lot 7176, penduduk Taman Midah lapor SPRM - Utusan Malaysia

Isu projek di Lot 7176, penduduk Taman Midah lapor SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat penduduk sekitar Taman Midah di sini hari ini berhubung projek bangunan 50 tingkat di aas Lot 7176 yang sedang dalam pembinaan.

Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai berkata, laporan itu dibuat susulan laporan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng pada 17 Oktober tahun lalu berhubung projek tersebut didakwa antara yang tersenarai di bawah 64 penjualan tanah milik kerajaan.

“Hari ini saya bersama Sekretariat Penduduk Taman Midah Memprotes Pembangunan Arte Cheras (SPTMMPAC) menyerahkan laporan baharu kepada SPRM berkenaan projek tersebut yang diragui status penjualan tanah dan kelulusan pembangunan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami telah melakukan semakan dan memperoleh beberapa fakta meragukan termasuk pindah hak milik status tanah lapang kepada komersial yang tidak boleh dipindah milik, dipajak, dicagar atau digadai tanpa kebenaran Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya di sini hari.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini