Padah beronani, lelaki Bangladesh dipenjara tiga bulan - Utusan Malaysia

Padah beronani, lelaki Bangladesh dipenjara tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas seorang lelaki warga Bangladesh kerana melakukan onani dihadapan seorang wanita bulan lalu.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir menetapkan keputusan itu selepas tertuduh Biswas Md. Riaz, 21, mengaku bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Bengali.

Hukuman penjara itu ditetapkan dari tarikh dia ditangkap iaitu 10 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berdasarkan pertuduhan, dia yang bekerja kilang di sini didapati mengaibkan kehormatan dengan tujuan mengganggu kesantunan seorang wanita berusia 23 tahun dengan memegang kemaluannya sambil beronani.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan 14/15 di sini pada 9 Mei lalu pukul 9.51 malam.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini