Bilik saluran elektrik jadi stor ganja - Utusan Malaysia

Bilik saluran elektrik jadi stor ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Simpan dadah dalam bilik saluran eletrik pangsapuri sebelum diedarkan kepada pelanggan.

Itu taktik pengedaran seorang penjual ikan sejak empat bulan lalu yang terbongkar selepas diberkas di sebuah pangsapuri di Ken Rimba, Seksyen 16 di sini semalam. 

Penahanan suspek berusia 39 tahun itu dilakukan pukul 2.15 petang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati suspek memperoleh dadah itu dari seorang lelaki warga Indonesia di pasar basah terkemuka di Kuala Lumpur. 

Katanya, dadah itu hanya dijual kepada pelanggan tetap sekitar  pangsapuri berkenaan dan Padang Jawa.

“Hasil pemeriksaan, kita menemui sebuah beg kain kecil bertulis ‘teka’ yang di dalamnya mengandungi satu ketulan dadah jenis ganja seberat 145.7 gram (g). 

“Kita turut merampas sembilan lagi mampatan daun kering ganja seberat 74 74. 79g,” katanya pada sidang akhbar di IPD Shah Alam di sini hari ini. 

Kata beliau, nilai keseluruhan dadah berjumlah RM950 dengan bekalan ganja itu mampu digunakan oleh 40 orang penagih. 

Baharudin menambah, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannabinol (THC). 

“Semakan rekod turut mendapati enam rekod lampau berkaitan dadah, curi serta ugutan jenayah,” katanya 

Dalam pada itu, beliau menjelaskan pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 44 tahun pukul 1.30 petang hari sama ketika sedang melakukan urus niaga menjual dadah di sebuah rumah di Kampung Jawa Batu Empat di sini. 

Jelasnya, pemeriksaan pada badan suspek dan beg suspek menemui 75 paket lutisinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 215 gram bernilai RM2,250. 

“Siasatan awal mendapati suspek menjual dadah itu sejak enam bulan lalu dengan bekalan diperoleh di Klang. 

“Kedua-dua suspek yang ditahan kini direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B  Akta Dadah Berbahaya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini