Azmin perlu buat laporan polis sendiri terhadap individu memfitnahnya - Utusan Malaysia

Azmin perlu buat laporan polis sendiri terhadap individu memfitnahnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu membuat laporan polis sekiranya berasakan difitnah berhubung kontroversi penyebaran video seks songsang yang dikaitkan dengan beliau.

RAHMAD ISAHAK
RAHMAD ISAHAK 

Aktivis politik yang juga bekas ahli DAP, Rahmad Isahak berkata, laporan polis daripada beliau sendiri adalah asas bagi membolehkan siasatan dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurut beliau, meskipun telah menafikan terlibat dalam video seks itu dan bersedia mengerahkan barisan peguam memburu individu yang menjadi dalang, namun pengakuan secara kenyataan bertulis semata-mata tidak memadai untuk beliau menegakkan keadilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekalipun dari sudut fardu ain beliau berkemampuan malah harus atas nasihat ahli agama untuk melafazkan sumpah laknat, namun tanpa laporan polis terhadap individu yang memfitnahnya, maka persepsi serta keyakinan rakyat terhadap Mohamed Azmin dan PKR akan terhakis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR ketika ini mempunyai tanggungjawab moral yang besar dalam kalangan penyokong parti itu khususnya orang Melayu dan umat Islam yang telah memastikan kemenangan berpuluh-puluh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen PKR dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, pengundi dan penyokong PKR itu kini berasa keliru dengan kontroversi video seks yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin berkenaan sekali gus memerlukan tindakan lebih drastik beliau termasuk membuat laporan polis terhadap individu yang memfitnahnya terbabit dalam video berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini