Orang Asli Kuala Koh: Mahu loji air bersih - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Mahu loji air bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Kira-kira 200 penduduk Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir di sini memohon pihak kerajaan membaiki dan menyelenggara semula loji air bersih terawat yang rosak di kampung mereka.    

Penduduk suku kaum Batek itu mendakwa, kerosakan itu menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan keperluan air tadahan bukit dan air sungai yang tidak terjamin mutu kebersihannya.

Seorang penduduk, Kulim Tebu, 70, berkata, akibat daripada penggunaan air tandak dan sungai, penduduk sebelum ini  juga terdedah dengan penyakit termasuklah kembung perut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya,  penduduk kampung juga tidak dapat menggunakan air bersih yang terawat daripada loji terbabit bermula akhir tahun 2017 kerana tiada kerja penyelenggaraan dilakukan.

“Kawasan loji itu ditinggalkan terbiar hingga penduduk terpaksa mencari sumber air lain bagi keperluan harian.

“Kami juga terpaksa punggah air dari sungai yang terletak empat kilometer dari kampung untuk keperluan memasak setiap hari,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Difahamkan, Projek Program Tranformasi Luar Bandar berharga RM500, 000 itu dibina tahun 2015 dan siap 2017 tetapi hanya dapat digunakan beberapa bulan sahaja sebelum terbiar rosak.

Seorang lagi penduduk, Inja Punai, 32, pula berkata, selepas siap dibina, loji itu diserah kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk diselenggara setiap bulan.

Katanya, pihak berkenaan perlu memberi perhatian terhadap kemudahan air bersih supaya tidak menimbulkan masalah kepada penduduk.

“Kita berharap loji air bersih terawat itu dibaiki semula kerana itu sahaja sumber air bersih untuk menjamin kesihatan penduduk.

“Kebanyakan penduduk terpaksa berpindah  ke kawasan tepi sungai di hutan berhampiran untuk memudahkan mendapat sumber air,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini