Video lucah: Hilman wakili Azmin buat laporan qazaf - Utusan Malaysia

Video lucah: Hilman wakili Azmin buat laporan qazaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham hadir membuat laporan qazaf iaitu menuduh seseorang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi di di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini hari ini selepas satu video intim menyerupai Datuk Seri Azmin Ali yang tular sejak kelmarin.

Jelasnya, laporan itu dilakukan ekoran tuduhan palsu dan fitnah jahat yang dilemparkan terhadap Azmin.

“Kita akan memberi kerjasama yang terbuka kepada polis dan JAWI dalam siasatan yang dijalankan. Saya yakin dan sekali lagi ingin menegaskan bahawa ini merupakan satu tuduhan palsu dan fitnah jahat untuk mencemarkan nama baik Azmin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fitnah ini juga merupakan satu konspirasi untuk menyekat dalam politik Azmin dan kejayaannya dalam kementerian,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hilman hadir membuat laporan qazaf itu kira-kira pukul 11.30 pagi tadi susulan tular rakaman intim seks sejenis antara individu menyerupai Azmin dan Haziq Abdullah Ab­dul Aziz yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin.

Haziq semalam mendakwa rakaman seks sejenis antara dirinya dan Azmin dibuat pada 11 Mei lalu di bilik sebuah hotel di Sandakan, Sabah.

Katanya, rakaman itu dilakukan ketika Azmin datang ke situ bagi mem­bantu kempen Pilihan Raya Kecil Sandakan untuk calon DAP, Viv­ian Wong Shir Yee.

Terdahulu, Hilman yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis berhubung penyebaran satu video lucah yang membabitkan Azmin di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kira-kira pukul 10.36 pagi.

Semalam Azmin dilaporkan menafikan sekeras­-kerasnya tuduhan yang dilem­parkan kepada beliau berhubung pengliba­tannya dalam satu video seks yang tersebar sejak kel­marin.

Timbalan Presiden PKR itu menegas­kan, beliau yakin fit­nah itu adalah kom­plot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta bertujuan menjatuhkan dan memusnahkan karier poli­tik beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini