Orang Asli Kuala Koh: Kesihatan adik Nasri tenat tetapi stabil - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Kesihatan adik Nasri tenat tetapi stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Keadaan pesakit kanak-kanak Orang Asli suku Batek, Nasri a/l Rosli, 3, yang dijangkiti radang paru-paru (pneumonia) berada dalam keadaan tenat namun stabil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy.

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, selepas dipindahkan dari Hospital Kuala Krai (HKK) sejak Ahad lepas.

“Saya amat berpuas hati dengan rawatan rapi yang diberikan oleh pihak hospital kepada kanak-kanak ini dan juga saya juga kagum dengan komitmen dan rawatan serta personal care yang diberikan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian selepas melawat kanak-kanak tersebut dan bapanya, Rosli a/l Jong, 30, yang turut ditempatkan di hsopital berkenaan sejak Ahad lepas selepas disyaki menerima jangkitan pneumonia.

Hadir sama Pengarah HRPZII, Datuk Dr Selasawati Ghazali. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini